Pelakon Elfira Loy akui terkesan dengan berita pemergian beberapa rakan industri sejak kebelakangan ini.

Menurut Elfira, dia sangat bersimpati dengan nasib balu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL).

"Selepas kematian Ashraf, saya selalu memikirkan ujian yang dihadapi BCL, saya fikir macam mana jika saya yang harus lalui perkara itu.

"Setakat ini, dalam kehidupan saya, semua orang tersayang masih ada, jadi saya belum rasa kedukaan berhadapan kematian insan yang dekat dengan saya" katanya kepada baru-baru ini.

Dalam pada itu, bintang berusia 25 tahun ini menambah, dia belum bersedia untuk menerima ujian seperti yang dihadapi BCL itu.

"Saya doakan yang terbaik untuk BCL, saya juga harap agar perkara itu tidak berlaku kepada saya sekarang kerana belum sedia untuk menghadapinya," tuturnya menutup bicara.



Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Anuar pada 1 Januari 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober tahun lalu.