Sedutan video pergaduhan antara pelakon Hisyam Hamid dan Atikah Suhaime dikongsi di laman Instagram baru-baru ini.

Sedang bersiaran langsung di saluran perkhidmatan membeli-belah gaya hidup pelbagai platform Malaysia, Go Shop, Hisyam yang sedang menjadi hos diganggu oleh Atikah yang tiba-tiba meninggikan suara.

Apa @hisyamhamid7 buat sampai @therealatikahsuhaime tuduh sampai macam ni masa LIVE Go Shop?

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


"Saya sayangkan awak. Kenapa awak bunuh suami saya? Saya harap awak akan mati dalam penjara nanti," jerit Atikah.

Haaa, jangan risau! sebenarnya video terbabit hanyalah sekadar salah satu langkah promosi untuk drama bersiri terbaru yang bakal bersiaran di slot Dramavaganza.



Bakal menggantikan drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku, karya berjudul Dendam Cinta Arissa ini menampilkan Hisyam dan Atikah selaku teraju utama.

Diterbitkan oleh Radius One, drama bersiri ini turut menampilkan Fezrul Khan, Arash Mohd, Aidil Aziz dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Dendam Cinta Arissa di slot Dramavaganza bermula 9 Mac setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria dan Ria HD!