Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah tidak pernah rimas apabila persahabatannya bersama rakan artis, Hael Husaini sering diusik segelintir pihak.
Menurut Dayang, dia selesa berkawan rapat dengan penyanyi lagu Jampi itu.
"Saya tak pernah rimas apabila sering dikaitkan dengan Hael, saya memang berkawan rapat dengan dia.
"Bagi saya, dari mula kami kenal hingga sekarang, saya rasa selesa berkawan dengannya, kami pun selalu diundang untuk mengadakan persembahan bersama.
"Dari situ, persahabatan kami mempunyai keserasian, ia merupakan satu aspek penting ketika membuat persembahann kerana keserasian itu mampu memudahkan kerja kami," ujarnya.
Dayang berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Amal Alunan Irama di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, pelantun lagu Di Pintu Syurga ini menambah, dia sentiasa menunggu peluang untuk terus berkolaborasi bersama Hael.
"Terus terang saya katakan, saya sentiasa menunggu Hael untuk berkolaborasi lagi bersama saya, mungkin sebuah lagu ciptaannya sendiri.
"Namun buat masa ini, keadaan masih tidak mengizinkan kerana kami berdua sedang sibuk menguruskan hal lain," katanya lagi.
Konsert Amal Alunan Irama yang turut menampilkan Datuk Jamal Abdillah akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 11 April 2020 jam 8.30 malam.
Konsert ini merupakan anjuran bersama antara Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak, Persatuan Karyawan Malaysia, Istana Budaya dan Educaring Team Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan di samping memberi peluang kepada golongan Asnaf, B40 dan orang kelainan upaya (OKU) untuk sama-sama menyaksikan konsert ini di Istana Budaya.
Di samping itu, sebahagian dana akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia untuk membantu kebajikan ahli di dalamnya.
Harga tiket dijual pada harga RM100, RM170, RM270 dan RM370 menerusi www.myticket.asia mulai 10 Mac 2020.
Asraf Aided
Fri Feb 28 2020
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.