Cerita mereka umpama drama episod yang panjang. Kisah curang, pergaduhan, cinta yang tak pernah padam, dan bermacam-macam lagi. Namun ianya adalah realiti buat Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Dalam keadaan segelintir manusia seakan lebih tahu tentang kehidupan mereka berbanding mereka sendiri, masih ramai yang menyokong untuk mereka kembali bersama.

Pada satu entri di Instagram Bella, dia berkongsi tentang rasa gembira kerana dapat bercuti buat sementara waktu. Pada awalnya terdapat komen daripada Aliff Aziz yang bertanyakan sama ada dia akan datang ke Singapura, namun komen tersebut telah dipadamkan.

Tetapi ianya tidak menghalang Bella daripada memberikan jawapannya sendiri.

"@aliffaziz91 see you soon love," ringkas sahaja jawapan Bella tapi mendapat reaksi yang cukup positif daripada peminat yang meninggalkan komen masing-masing.

All Saturdays are amazing, but the greatest and most awaited Saturday is the one leading up to holidays ??

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on


Paling menarik adalah komen daripada seorang peminat daripada Indonesia, @meylaniwulantika17.

"@bellaastillah @aliffaziz91 saya rasa ini adalah artis terlucu, perceraian yang terburu buru atau mengambil keputusan yang terburu buru, di antara kedua nya masih saling sayang tapi kenapa bercerai dengan begitu saja.

"Perceraian walaupun Allah bolehkan tapi ini hal yang sangat Allah benci. mengikuti netizen yg selalu menggebu gebu kah? Harus belajar dengan artis indonesia nih Rafi Ahmad dan Nagita Slavina. Skandal Rafi Ahmad wah banyak. Tapi si Istri sabar nya pakai banget, Alhamdulillah mereka langgeng sampai saat ini.



"I hope cik suami bisa berubah dan istri bisa lebih dewasa lagi dan lebiiiiiih sabaaar lagi. Lagian talak 1 bisa rujuk kok, semoga bisa mengambil pelajarannya dan berbahagialah selalu," tulis Meylaniwulantika.

Rata-rata peminat memberikan sokongan yang positif dan ramai yang berkongsi nasihat untuk pasangan tersebut di ruangan komen entri Bella tersebut.






Aliff Aziz mendirikan rumah tangga bersama Bella Astilla h atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah pada tahun 2016, namun bercerai pada 16 Mei 2019. Pasangan tersebut mempunyai seorang cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean.