Anak usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B memberi sokongan penuh terhadap keputusan ibunya yang memfailkan saman terhadap pengacara Azwan Ali.

Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkata, tindakan menyaman itu sekurang-kurangnya mampu memberi pengajaran terhadap pengacara tersebut.

"Bukan saja bantu mama (DSV), tapi akan memberi manfaat kepada orang lain.

"Selama ni pakcik Azwan keluarkan kata-kata kesat bukan dekat mama je, tapi dekat orang lain juga. Jadi bila saman ini, mungkin bolej hentikan apa yang dia lakukan sekarang.

"Macam satu peringatan kepadanya, stop mencarut-carut atau sakitkan hati orang," katanya.

Tambah Cik B lagi, dia juga tidak pernah terasa hati dengan penghinaan dilakukan oleh Azwan terhadapnya sebelum ini.

"Dia kutuk Cik B macam dia cakap dengan diri sendiri. Jadi saya langsung tak terasa hati," katanya.

Cik B berkata demikian menerusi satu sidang media khas yang diadakan oleh DSV semalam.

BACA: "Anak Saya Tak Rentung La, Berapa Kali Nak Cakap" - Penghinaan Melampau, DSV Nekad Teruskan Saman Terhadap Azwan Ali

Untuk rekod, konflik antara dua selebriti ini tercetus apabila Azwan dikatakan telah menghina DSV dan Cik B.

Tidak cukup dengan itu Azwan turut didakwa menghina kematian dua anak lelaki DSV yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran pada 2013.

Susulan daripada perlakuan tersebut, Azwan kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media.

BACA: Kemelut Isu Menghina Datuk Seri Vida, Azwan Ali Akhirnya Mohon Maaf!

Walaubagaimanapun, permohonan itu seakan tidak disenangi DSV apabila Azwan kelihatan seperti memperlinya.

BACA: "Macam Gamp*ng Mintak Maaf Pun Menghanjing" - DSV Masih Tak Puas Hati Dengan Diva AA?