Isteri kepada Pelawak Shahrol Shiro, Nor Farhanah Syamimi mengalami keguguran malam tadi dan sedang menerima rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.
Shahrol ketika dihubungi Gempak berkata, sungguhpun berasa sedih di atas kehilangan cahaya mata keduanya itu, dia reda dengan ketentuan Allah SWT.
“Siapa tak sedihkan…Walaupun kandungan isteri baru memasuki usia lapan minggu tetapi sakitnya itu tetap terasa.
“Saya reda dan pastinya rencana daripada Allah itu adalah sebaik-baik rencana. Saya bersyukur isteri berada dalam keadaan sihat sekarang,” katanya.
Terdahulu isteri Shahrol, Nor Farhanah atau lebih mesra dipanggil Anna telah memuat naik berita duka tersebut di akaun Instagram (IG)nya @anna_danisha.
“Terima kasih ya Allah, untuk rezeki yang kau berikan. Walaupun hanya ada rezeki ianya berada dalam rahim selama lapan minggu pun, dah cukup membahagiakan,” katanya.
Menurut Anna dia dan Shahrol ke hospital pada malam tadi (Rabu) dan hasil pemeriksaan doktor selepas diimbas, mendapati kantung bayi sudah keluar dari rahim.
“Malam tadi ke Hospital Kluang doktor scan tengok semuanya dah keluar. Nasib baik tak kena cuci. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.
“Terima kasih untuk suami, keluarga, mentua serta kawan-kawan yang banyak membantu. Terima kasih semua,” katanya positif.
Shahrol dan Anna berkahwin pada 18 Mac 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Iskandar Rizqi, 3 tahun.
Selain Iskandar Rizqi, Shahrol memiliki seorang anak lelaki Muhd Adam Danish, 10, hasil perkahwinan pertamanya.
Fiza Kamarudin
Thu Feb 20 2020
Sheriff: Ramai Terkejut Ada Kodi Rasheed, Netizen Rate 10 Bintang - “Lakonan Dia Memang Top Notch!”
Sekali keluar memang terus bagi impak, pergh!
Netizen Throwback Salah Laku Yang Pernah Dilakukan Aliff Aziz - “Ultimate Disgusting”
Pelbagai kisah lampau serta kontroversi yang melibatkan Aliff Aziz kembali dikongsi oleh netizen.
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.