Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman telah memberikan satu nukilan menyentuh hati khas buat suami tersayang.

Nukilan itu telah ditulis oleh Syahira bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fad hari ini.

Syahira telah memuat naik nukilan berkenaan beserta satu video kenangan yang merakamkan memori indah Bocey bersama Allahyarham Abam di Instagramnya.

Coretan itu jelas menunjukkan betapa dalamnya cinta dan kasih sayang seorang isteri terhadap suami selain kekuatan ikatan persahabatan antara Fad, Achey serta arwah Abam.

“Haritu daddy cakap Abam tak reply pun daddy wish dia, lepas tu daddy cakap tak apa aku nak tengok birthday aku dia wish tak 13 hb ni.

“Daddy, Abam tak akan wish dah daddy tak akan sama macam tahun-tahun lepas, tak akan ada dah muka daddy dekat ig Abam, dia tengah rehat.

“Khas untuk daddy, kenangan kita selalu buli dia, terkejut kan dia dan macam-macam lah. Itu hanya kita dan dia sahaja tau, keluarga Bocey terlalu banyak kenangan yang tak mungkin kami lupa.

“Memang orang akan cakap sekarang baru nak ingat ke? No bukan sebab sekarang baru ingat tapi sekarang lah masanya kami nak kongsi betapa banyaknya kenangan kami.

“Daddy kita doakan dia. Kita teruskan bawa nama Bocey sebab kita tahu macam mana susahnya kita bersama arwah untuk naikkan nama bocey.

“Raikan lah tahun ni dengan kenangan yang ada dalam simpanan album saya. Mommy doakan daddy dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang sihat dan bahagia dunia akhirat.

“Mommy tak minta banyak, mommy nak daddy kuat balik. Arwah tahu kita jauh daddy sebab tu daddy tak dapat tengok dan sentuh buat kali terakhir.

“Satu masa pasti kita akan bertemu. Again, happy birthday suami tersayang. Moga Allah kurniakan kekuatan buatmu. Sama-sama kita doakan buat arwah,” tulisnya.

Haritu ddy cakap abam tak reply pun ddy wish dia .pastu ddy ckp takpeee aku nk tgok birthday aku dia wish tk 13 hb ni .daddy ,abam takkan wish dah ddy .takkan sama mcm tahun2 lepas .takkan ada dh muka ddy dkt ig abam .dia tgh rehat . . Khas utk daddy ,kenangan kita selalu buli dia ,terkejut kan dia dan mcm2 la .itu hanya kita dan dia sahaja tau .keluarga bocey terlalu banyak kenangan yg tk mungkin kami lupa .memang org akan cakap skrg baru nak ingat ke ?no bukan sbb skrg bru ingat tapi skrg la masanya kami nak kongsi betapa banyaknya kenangan kami . . Daddy kita doakan dia .kita teruskan bawak nama bocey sebab kita tau mcm mna susahnya kita bersama arwah utk naikkan nama bocey .raikan lah tahun ni dengan kenangan yg ada dalam simpanan album sy .mommy doakan daddy dimurahkan rezeki ,dikurniakan kesihatan yg sihat dan bahagia dunia akhirat .mommy tak mintak banyak ,mommy nak daddy kuat balik .arwah tau kita jauh daddy sebab tu daddy tk dpt tengok dan sentuh buat kali terakhir .satu masa pasti kita akan bertemu .again ,happy birthday suami tersayang .moga Allah kurniakan kekuatan buatmu .sama2 kita doakan buat arwah❤️

A post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on


Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat Bocey meluahkan rasa sedih dan terharu sebaik sahaja membaca nukilan khas tersebut.

“Allahu tersentuh hati aku, semoga Fad dan Achey terus kuat dalam kumpulan Bocey,” komen @hadabaharin_

“Ya Allah tersentuhnya tengok video ni. Al-Fatihah buat arwah Abam dan ditempatkan dengan orang yang beriman, happy birthday@fadbocey,” tulis @farah_umairahh

BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia

BACA: “Separuh Jiwa Fad Hilang, Asyik Ulang Abam Dah Tak Ada” - Luluh Hati Isteri Lihat Keadaan Fad

BACA: Genggam Dan Cium Baju Abam, Runtun Hati Lihat Fad Menangis Peluk Achey

BACA: “Rupanya Video Ni Abam Tinggal Buat Kenangan” - Isteri Fad Kongsi Momen Terakhir Bocey Bersama Abam

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin.