Penyanyi Jaclyn Victor enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai sebab perceraiannya bersama vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet iaitu Shawn Rivera.
Pada Januari lalu, Shawn menerusi laman Facebook miliknya mendedahkan rumah tangga bersama penyanyi yang mesra dipanggil Jac ini terlerai selepas lima tahun berkahwin.
"Apa yang lepas, biarlah lepas. Perkara itu sudah berlalu. Tak ada apa yang berlaku. Benda dah habis.
"Kepada semua yang risaukan saya, kepada peminat yang tertanya-tanya mengenai keadaan diri saya, sejujurnya saya okay sahaja.
"Saya gembira, anak-anak ada bersama saya... Perkara itu sudah mencukupi," katanya.
Jac ditemui di majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur semalam.
Tambah Jac, dia tidak menghalang suaminya untuk bertemu dengan anak-anak mereka, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
"Anak-anak tinggal dengan saya di sini (Malaysia) manakala dia berada di sana (Amerika Syarikat).
"Saya tak akan menghalang dia mahu bertemu dengan anak-anak kerana walau apapun, dia tetap bapa kepada zuriat kami.
"Kalau dia mahu bertemu dengan anak, dia harus datang ke sini. Saya tak akan membawa anak-anak ke sana," katanya lagi.
Shawn dan Jac mendirikan rumah tangga di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014.
Kamaruddin Razal
Thu Feb 13 2020
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem IF (Imaginary Friends)
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.
Didakwa Sudah Tiada Job, Rusdi Ramli Akui Satu Dunia Takut Dengan Netizen Malaysia
Sebagai salah seorang pelaku seni yang sudah lama bergelumang dengan industri, Rusdi Ramli mengaku ‘suasana’ dunia hiburan sekarang sudah banyak berubah.
Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”
Tak sabar nak tengok!
“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah
Sakinah tak gaduh dengan netizen.
Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.