Pelakon drama Legend of the Blue Sea, Lee Min Ho menyatakan rasa kagum dengan cara aktres Jun Ji Hyun mengekalkan bentuk badannya selepas bersalin.

Menurut Lee Min Ho, Jun Ji Hyun yang juga merupakan heroin drama tersebut akan bersenam setiap hari walaupun ketika berada di set penggambaran.

“Semangat dia untuk menjaga bentuk badannya sangat kuat dan dia juga akan bersenam setiap hari pada sebelah pagi.

“Malah di set penggambaran pun dia akan melakukan senaman. Kadang-kadang bila tiada babak yang perlu kami lakukan biasanya pelakon-pelakon lain akan gunakan masa yang ada untuk berehat termasuklah saya.

“Tapi lain pula bagi Ji Hyun, dia tetap akan lakukan melakukan senaman,” katanya dalam satu temubual bersama program Real Entertainent.

Dalam pada itu mengulas mengenai penjagaan bentuk badan, Jun Ji Hyun memberitahu dia sememangnya mengamalkan diet yang seimbang.

“Bukan mudah untuk kembalikan bentuk badan, apa yang saya boleh katakan ya saya memang mengamalkan diet.

“Saya meletakkan banyak usaha untuk memastikan bentuk badan saya kembali seperti dulu.

“Apa yang penting kena ialah kena sentiasa kuatkan semangat dan itu merupakan motivasi yang paling tepat,” ujarnya.

Legend Of The Blue Sea telah menjadi fenomena selepas dua episod pertamanya ditayangkan.

Drama tersebut berjaya memecahkan rekod drama paling popular Descendants of The Sun (DOTS) dengan mendapat rating sebanyak 16.4 peratus.

Manakala DOTS rekod DOTS pula ialah 14 peratus selepas dua episod pertama drama tersebut ditayangkan awal tahun ini.

Sinopsis:

Drama ini mengisahkan tentang percintaan seorang puteri duyung terakhir dunia dengan jejaka yang merupakan pemnyelamatnya.

Duyung (Jun Ji Hyun) cuba untuk menyesuaikan dirinya di dunia manusia selepas dikurniakan sepasang kaki. Bagaimanapun tanpa diduga penyelamatnya (Lee Min Ho) merupakan seorang penipu yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit.

Pelbagai perkara mencuit hati yang berlaku sepanjang tempoh perkenalan mereka berdua.

Jangan lupa saksikan Legend of The Blue Sea yang bersiaran setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.10 malam secara eksklusif di ONE HD (saluran 393).

Olahan oleh: Mya Amri