Jenazah bintang legenda, Allahyarham Tan Sri SM Salim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Terdahulu, Allahyarham atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Bharu, di sini selepas selesai solat Jumaat.

Kira-kira 200 sanak-saudara dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir termasuk rakan artis antaranya Uji Rashid, Datuk Jeffrydin, Datuk M Nasir, Herman Tino, Datuk M Daud Kilau dan Zack Kool.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya di Sering Ukay, Hulu Klang, pada jam 5.45 petang semalam.

Sumber: BH Online