Agensi pengurusan pelakon Korea Son Ye Jin, MS Team Entertainment menafikan hubungan cinta aktres itu dengan aktor terkenal Hyun Bin.

Menurut agensinya, mereka tidak pernah menjalinkan hubungan cinta apatah lagi mengenai perancangan untuk berkahwin.

“Khabar angin mengenai perpisahan mereka mahupun mengenai perkahwinan itu mula diperkatakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kedua-dua gosip itu tidak benar sama sekali dan tidak masuk akal. Mereka berdua menerima reaksi positif tentang keserasian dalam drama.

“Jadi ramai yang telah tersalah anggap mengenai hubungan mereka hanya kerana lakonan mereka hebat mereka.

“Mereka berdua sedang bekerja keras untuk drama tersebut dan kami harap anda dapat memberikan fokus terhadap hasil lakonan berbanding khabar angina yang disebarkan,” jelas wakilnya.

Dalam pada itu pihak pengurusan Hyun Bin, VAST Entertainment juga turut menafikan perkara tersebut.

“Kami juga berfikir gosip jenis apa yang tersebar kali ini dan hanya ketawa mengenai perkara tersebut,” kata wakilnya ringkas.

Terdahulu, Hyun Bin dan Ye Jin digosipkan mempunyai hubungan cinta gara-gara keberkesanan lakonan mereka menerusi drama terbaru, Crash Landing On You.

Sumber: Allkpop