Selain kembali ke konti radio pada hari ulangtahun kelahirannya, pelawak Ajak Shiro turut menerima kejutan daripada isteri tercinta, Afifah Amin.

Afifah telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville T120 Black kepada Ajak.

Ajak berkata, selepas tamat program di Damansara bersama Suria fm semalam (Isnin) dia bergegas pulang ke rumah dan terkejut melihat dekorasi untuk sambutan hari ulang tahun kelahirannya.

Namun, kejutan yang dirancang oleh isterinya itu tidak menjadi kerana Ajak pulang lebih awal daripada waktu yang sepatutnya.

“Sebenarnya isteri saya nak buat surprise, tapi tak jadi…Saya pun okay je lah, sebab dia kata majlis akan bertukar menjadi makan malam.

“Masa tu dia (isteri) yang terkejut sebab saya balik awal dan rancangan dia kantoi! Tapi tak lama lepas tu, motor idaman saya sampai.

“Haaa…masa tu baru saya terkejut! Tak sangka isteri saya senyap-senyap ‘berkomplot’ dengan Pak Ya dan Ropie untuk menjayakan rancangan ‘jahat’ dia ni!,” katanya ketawa.

Bagaimanapun Ajak turut mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak-anak, Pak Ya, Ropie dan pengurus kerana telah bersusah payah untuk dirinya.

“Terima kasih semua…Saya tak sangka dah masuk umur 36 tahun pun masih ada yang raikan hari jadi saya.

“Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembira dan terharunya saya ketika ini.

“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang baik dan penyayang dan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa mengambil berat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ajak yang juga anggota kumpulan Rare bersama Pak Ya dan Ropie di Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, mengakui masih belum mempunyai bahan untuk dipersembahkan pada Jumaat ini.

“Mana-mana peserta pun berada dalam keadaan tertekan sekarang ni, begitu juga kami. Tema ‘bebas’ dan ‘muzikal’ tidak semudah yang difikirkan.

“Sehingga hari ini Rare masih mencari bahan cerita yang sesuai untuk dibawa ke pentas akhir MLM 2019, Jumaat nanti.

“Apapun Rare hanya mahu melakukan yang terbaik untuk disajikan kepada semua, terutama penyokong-penyokong dan peminat kami yang sentiasa memberi sokongan selama ini,” katanya.

Antara Rare, Zero, Puteh, Bocey dan Jborn siapa yang bakal juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000?

Jangan lupa saksikan pentas akhir MLM 2019, Jumaat ini jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Jangan lupa mengundi peserta bintang MLM 2019 kegemaran anda untuk Oppo Punchline Machine di:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega
2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA
KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega