Nampaknya bentuk bibir menawan Taylor Swift berjaya menewaskan Angelina Jolie yang memegang gelaran pemilik bibir paling seksi.

Menurut laporan daripada Inquistr, Taylor menduduki tempat pertama dengan bentuk bibir yang paling diinginkan oleh orang ramai untuk melakukan pembedahan plastik.

Menurut Dr.Julian De Silva yang merupakan salah seorang doktor yang melakukan pembedahan plastik, bibir yang dimiliki oleh Taylor mempunyai bentuk yang sempurna.

"Ramai wanita yang melakukan pembedahan plastik menginginkan bentuk bibir seperti Taylor Swift kerana mereka menggangap ia amat sempurna.

"Dia mempunyai bentuk bibir yang menawan dan mengghairahkan kerana ia dipengaruhi oleh gigi Swift yang sedikit besar.

"Secara tidak langsung ia mendorong bibir tersebut kelihatan semakin tebal dan seksi," katanya.

Angelina Jolie dilihat berada di tempat kedua dan diikuti oleh penyanyi Rihanna, Scarlett Johansson, Rosie Huntington-Whiteley dan Megan Fox.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Kapan Lagi