Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menggalas tanggungjawab sebagai jurusolek dan penata gaya pada majlis bertunang anak pakar bedah terkenal, Farah Nawal.

Menerusi laman sosial Instagram, Siti atau lebih mesra disapa Tokti berkongsi beberapa momen istimewa tersebut untuk tatapan umum.

“Hari ni saya menggalas tanggungjawab menata rias puteri Datuk Seri Dr. Zul. Farah dah macam anak sendiri, sebab tu saya sambut permintaan menata rias beliau di hari pertunangannya. Gementar saya tau. Hehehe,” tulis Tokti sebagai ruangan kapsyen.

Hari ini saya menggalas tanggungjawab menata rias puteri Dato Sri Dr Zul ..Farah dah macam anak sendiri , sebab tu saya sambut permintaan untuk merias beliau di hari pertunangannya ..nervous saya tau..hehehe @farahnawalz

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Pada majlis pertunangan yang bertemakan Beverly Hills, Farah kelihatan jelita mengenakan suit putih rekaan Fizi Woo serta kain layah dari warna yang sama menutupi turbannya.

Lebih istimewa apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in turut mencemar duli ke majlis tersebut.

Hasil tinjuan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji hasil solekan Tokti.

“PM tepi harga mekap sis, nak panggil mekap bulan depan camtu free ke? Nak konsep sesuci embun pagi gitu,” usik seorang wargamaya.

“Wow, memang serba boleh Mak Iti ni,” puji seorang wargamaya.

“Beruntungnya kena solek dengan penyanyi nombor satu kesayangan negara,” kata seorang wargamaya.

“Cantik! Habislah banyak jurusolek artis lain kena caras job,” kata seorang wargamaya.

“Berapa harga Tokti? Kahwin nanti nak panggil Tokti mekap jugalah,” pinta seorang wargamaya lagi.

Farah Nawal merupakan anak kepada Datuk Seri Dr. Zulkharnain Ismail, seorang pakar ortopedik terkenal negara yang kini bertugas di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.