Penyanyi dan pelakon Faradhiya, meluahkan rasa gementarnya menerusi sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagram(IG)nya kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Pada entri tersebut Faradhiya juga telah menulis kapyen, It's tonight guys!!!!Nervous.

Astro Gempak difahamkan, penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu gementar kerana kumpulan Sepahtu yang dianggotai Jep, Shuib dan Rahim mahu bertemunya pada malam ini.

Faradhiya turut berpesan kepada peminat dan pengikutnya di IG untuk menyaksikan pertemuannya bersama Sepahtu nanti.

Berikut merupakan video yang dimuat naik Faradhiya:

It's tonight guys!!!!Nervous ???

A video posted by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on



Sepahtu Reunion Live merupakan program terbaru Astro yang bersiaran secara langsung menerusi saluran Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap hari Jumaat jam 10 malam.

Faradhiya merupakan artis jemputan yang akan berlakon bersama ahli Sepahtu Reunion iaitu Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya dalam Sepahtu Reunion Live.

Selain Faradhiya, bakal muncul seorang lagi artis cameo yang akan membuat kemunculan mengejut tanpa pengetahuan ahli Sepahtu.

Topik yang dibawa setiap minggu adalah hasil daripada cadangan pendengar Sepahtu Sinar serta gabungan idea segar.

Sepahtu Reunion Live yang mempunyai 10 minggu keseluruhannya itu bersiaran secara langsung dari Studio Sound Stage, FINAS, Hulu Kelang.

Teks oleh: Syafiqah Jalal