Pengarah filem Ahmad Idham bakal muncul dengan filem genre seram tahun hadapan. Idham atau nama sebenarnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 42, kembali mengarah filem seram atas permintaan ramai. "Ramai peminat yang bertanyakan kepada saya, bilakah saya akan kembali dengan naskah filem seram yang menjadi signature saya. "Mereka merindukan sentuhan saya mengarahkan filem-filem seperti Jangan Pandang Belakang, Niyang Rapik dan banyak lagi. "Insya-Allah, saya bakal muncul dengan filem seram tahun hadapan," kata Idham kepada Astro Gempak. Filem arahan Idham itu akan mengambil pendekatan berbeza berbanding filem-filem sebelum ini. "Apa yang menariknya, saya sedang mencari novel seram yang sesuai untuk diadaptasikan dalam naskah filem. "Saya mahu menjalankan kajian secara intensif terhadap novel tersebut agar jalan ceritanya sesuai untuk diangkat dalam versi filem," katanya lagi. Dalam perkembangan terbaru, Idham baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Minah Moto lakonan Dayana Roza dan Ariz Lufias. Filem itu bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan. Teks oleh: Kamaruddin Razal
"Mula-Mula Ingat Dia Tomboy Ke Pengkid, Tak Ada Perasaan Dekat Lelaki" - Ini Pendedahan Fizi Ali Tentang Shakilla Khoriri 18 Feb 2019
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 18 Feb 2019
“Neraka Kirim Salam”- Dikecam Netizen Kerana Jadi Model Pakaian Dalam, Ini Respon Sharifah Sakinah 21,970
"Syukur Alhamdulillah Semuanya Selamat & Dipermudahkan" - Isteri Selamat Bersalin, Angah Raja Lawak Dapat Anak Perempuan 12,001
"Seronoknya Kalau Arwah Mama Masih Ada ..." - Aprena Manrose Tayang Kereta Pertamanya, Proton X70 9,823
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 4,307