Juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Naqiu Boboy mahu berkongsi separuh daripada hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang dimenanginya bersama rumah anak-anak yatim.
Menurut Naqiu, niat untuk bersedekah sudah mula terdetik semasa namanya diumumkan memasuki konsert suku akhir GV2019.
“Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim.
“Pada saya, GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform,” jelas Naqiu kepada Gempak.
Naqiu ditemui selepas diumumkan juara bersama Hady Mirza di konsert akhir GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Masih belum mengenal pasti rumah anak-anak yatim mana yang akan dituju, pastinya Naqiu tidak tertumpu pada sebuah rumah sahaja.
Selain hadiah wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, Naqiu turut membawa pulang pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah sumbangan selamatbercuti.com, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan sumbangan IMHOMESTYLIST.
Selain itu, Naqiu juga menerima hadiah penginapan dua hari satu malam di bilik Executive Suite, Hotel Tenara Bandar Baru Bangi dan trofi GV2019.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Azwa Rahman
Tue Dec 24 2019
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu