Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Intan Sarafina akui kerap menyertai aktiviti larian merupakan salah satu sebab dia mampu mengekalkan bentuk tubuh badannya.

“Kurus sangat? Tak adalah, saya bukan nak kurus sangat pun tapi memang tubuh badan saya jenis begini.

“Nak kata kurangkan makan tidak, saya makan macam biasa cuma saya suka sertai aktiviti larian dan juga melakukan senaman untuk mengekalkan bentuk tubuh saya.

“Lagi satu mungkin faktor jaga anak, ialah ketiga-tiga anak saya lelaki dan sekarang ini mereka pula tengah aktif jadi faham-faham sajalah.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tak ada apa masalah kesihatan,” katanya senyum.

Dalam pada itu ditanya mengenai perancangan keluarga, Intan memberitahu buat masa ini dia masih belum terfiir untuk menambah cahaya mata.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang, suami dan anak-anak yang sentiasa berikan sokongan kepada saya.

“Mengenai anak, saya masih belum terfikir nak tambah lagi satu sebab anak yang bongsu ini pun masih kecil lagi. Belum sampai dua tahun umurnya.

“Tapi andai kata ada rezeki, saya okay sajadan dari segi penjagaan anak memang saya lebih selesa jaga sendiri.

“Kadang -kadang kalau ada kerja, mak mertua akan tolongjagakan sebab saya dan suami tinggal bersama mereka.

“Saya rasa itu lebih baik sebab ada orang yang dekat dengankita jaga anak jadi kita tak rasa risau,” ujarnya.

Teks oleh: Mya Amri