Pengikut Instagram (IG) Syatilla Melvin menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Shaheizy Sam.
Syatilla, menerusi muatnaik di IGnya telah berkongsi sekeping foto yang menampakkan 'baby bump'nya.
Menerusi muatnaik tersebut Syatila turut menulis kapsyen;
"Dulu mungkin kak ipaq qhasa lebaq bila duk tepi adik ipaq, la ni karma balaih balik #rasaketaqplaknakmasuk5bulandah".Usia kandungan Syatilla yang kini bakal memasuki lima bulan, dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan Mei tahun depan.
Menerusi hashtag yang digunakan, Syatilla juga dilihat tidak sabar untuk menantikan kelahiran anaknya itu dan mengakui agak risau apabila usia kandungannya memasuki lima bulan.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Syatilla dan bayinya sentiasa sihat.
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari lepas di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang setelah 6 tahun berkenalan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di