Pihak pengurusan Song Ji Hyo mendedahkan emosi bintang Running Man itu kini tidak begitu stabil.

Perkara itu berlaku selepas pelakon itu mendapat tahu mengenai berita dia dipaksa keluar daripada program berkenaan.

Menurut pihak pengurusannya, Ji Hyo sering menangis dan telah memutuskan segala hubungan komunikasi.

“Kesemua anggota sangat sayangkan Running Man, hubungan mereka juga sudah dianggap sebagai keluarga.

“Selepas tujuh tahun bersama hubungan kekeluargaan diantara mereka semakin utuh dan sebab itu apabila perkara seperti ini berlaku Ji Hyo mengalami kekecewaan yang sangat teruk sehingga menyebabkan emosinya tidak stabil.

“Sebaik saja dia mengetahui berita tentang dipaksa keluar daripada Running Man, memang Ji Hyo tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya.

“Dia telah memutuskan segala komunikasi bersama orang lain dan hanya menangis,” katanya menerusi satu temubal bersama portal OSEN.

Terdahulu, pihak produksi Running Man menjadi kontroversi selepas media di Korea mendedahkan pengunduran Ji Hyo dan Jong Kook bukan atas kehendak mereka, sebaliknya mereka disingkirkan oleh tanpa diberitahu

Olahan oleh: Mya Amri

Sumber: Allkpop