Pelakon Bollywod, Karisma Kapoor, 42, masih belum bersedia untuk kembali aktif berlakon dalam mana-mana tawaran filem.

Menurut bintang Dil To Pagal Hai ini, dia lebih selesa sibukkan diri dengan urusan lain berbanding memikirkan watak-watak yang sesuai dalam karier lakonan.

“Saya tidak merancang apa-apa pun untuk karier lakonan. Fokus saya lebihkan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.

“Mereka yang banyak beri sokongan moral dan sosial terhadap saya setelah lama berehat dalam dunia lakonan.

“Saya juga sibukkan diri dengan lakukan urusan kerja lain seperti menghadiri undangan korporat, serta aktiviti duta produk barangan.

“Kalau tanya saya bila nak berlakon filem, jawapannya saya tidak tahu dan bukan dalam waktu terdekat,” kata Karisma kepada portal The Times of India.

Sepanjang karier Karisma dalam dunia filem Bollywood, dia telah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Negara India pada tahun 1991 menerusi filem Prem Qaidi.

Antara filem-filem box office lakonan Karisma ialah Biwi No, Fiza and Zubeidaa, Anari dan Coolie No 1.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: The Times of India