Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengakui masih melakukan latihan vokal untuk memantapkan lagi kualiti suaranya setiap kali merakam album atau melakukan persembahan.
Siti Nurhaliza berkata, meskipun sudah 13 kali memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik (AIM) itu tidak bermakna dia boleh mengambil mudah mengenainya.
"Bukan mudah untuk mengekalkan kedudukan di dalam kategori yang sama. Ia bagai satu beban dan tanggungjawab berat bagi saya untuk memastikan saya dapat memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan saya.
"Jadi, saya tak nafikan latihan vokal adalah perkara yang amat penting dalam setiap persembahan dan saya sehingga kini sentiasa melakukan latihan tersebut supaya saya dapat berikan hasil yang terbaik dalam rakaman album saya.
"Pun begitu, saya tak nafikan empat lagi yang bersaing dalam kategori mempunyai kehebatan tersendiri. Malah saya kagum dengan kehebatan vokal mereka tetapi mungkin kali ini vokal saya lebih terserlah dalam lagu Menatap Dalam Mimpi.
"Saya juga sukakan persaingan, saya harap selepas ini lebih ramai lagi penyanyi serta anak muda yang berbakat besar bakal menjadi pelapis saya," katanya kepada Astro Gempak.
Siti ditemui di malam kemuncak AIM 22 yang menyaksikan penyanyi tersebut merangkul lima anugerah termasuk Album Terbaik pada acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam Ahad.
Menerusi album Dato' Siti Nurhaliza Unplugged penyanyi itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menatap Dalam Mimpi.
Beliau turut memenangi kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.
Mengulas mengenai pengalamannya merakamkan lagu Menatap Dalam Mimpi itu, penyanyi tersebut dia melalui detik yang agak sukar bersama pencipta lagunya Aubrey Suwito.
"Lagu ini dicipta khas untuk saya dan ia mengenai saya dan arwah ayah saya yang sudah pergi untuk selamanya.
"Jadi bayangkanlah setiap kali hendak menyanyikannya saya berasa amat sedih dan pilu hingga mengalirkan air mata kerana ia menggangu emosi saya setiap kali saya menghayatinya.
"Ia memang menggangu proses rakaman itu dan saya terpaksa mengawalnya dengan memikirkan perkara-perkara yang menggembirakan supaya vokal saya tidak terganggu.
"Apa-apa pun saya perlu banyak berterima kasih kepada Aubrey kerana dia banyak membantu saya dalam merakamkan album sejak 20 tahun saya dalam industri.
"Apa yang boleh saya kata kemenangan saya malam ini merupakan hadiah yang bermakna buat saya sempena 20 tahun dalam industri," katanya lagi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Mon Dec 19 2016
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.
Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!
Sepotong video nyanyian kumpulan Alif Satar & The Locos (ASTL) berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Nafi Dakwaan Sukar Dihubungi, Ippo Hafiz Enggan Jaja Kisah Rumah Tangga - “Dia Masih Isteri, Jadi Lindungilah Maruah Suami”
Penyanyi Ippo Hafiz menafikan kenyataan Fara Roslan dan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengatakan dia sukar dihubungi untuk bertemu anak kedua mereka, Ibrahim.
Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai Di Pangkalan TLDM Lumut
Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, pada Selasa.
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.
Terima Banyak DM, Netizen Minta Caprice Ulas Isu Kekasih Gelap Aliff Aziz - “Makin Lama Makin Banyak Bukti Curang…”
Caprice enggan ulas isu Aliff Aziz.