Pengacara dan pelakon Neelofa tampil menjelaskan salah faham dan dakwaan 'over claim' melibatkan susu berperisa pisang Nilofa yang dikatakan baik untuk kesihatan.

Jelas Neelofa, isu terbabit berpunca daripada risalah yang telah dicetak dan diedarkan pada hari persidangan ketika memperkenalkan susu pisang Nilofa pada 23 November lalu.

Memberikan penjelasan menerusi sebuah entri IGTV di laman Instagram Nilofa, pengacara program MeleTOP itu bercerita panjang lebar untuk menjernihkan kekusutan.

"Ketika awal perjumpaan saya dengan pihak kilang dan team saya, sudah saya tekankan yang saya tak mahu produk yang mempunyai formulasi untuk kecantikan dan kesihatan.

"Bukan produk merawat, menguruskanm, mencantikkan, memutihkan... Saya tak nak beri fokus terhadap produk sebegitu. Saya mahu meletakkan ia sebagai 'lifestyle product' yang boleh diminum setiap hari.

"Syarikat yang ditubuhkan untuk mengendalikan Nilofa tak ramai pekerja, jadi kami menggunakan tenaga pekerja 'out source' untuk menguruskan operasi, pemasaran dan penjenamaan.

"Pada hari persidangan terbabit, semua dapat risalah tentang khasiat susu pisang. Sememangnya risalah itu tidak mendapat rujukan dan pengesahan daripada kilang atau pun ibu pejabat.

"Kalau saya tahu mengenai risalah terbabit, sudah pasti saya akan menghentikannya. Saya dah berbincang dengan agensi pemasaran untuk berjaga-jaga selepas ini bagi mengelakkan isu seperti ini berulang," katanya.

Lihat penjelasan penuh Neelofa dalam video IGTV di bawah:

. Perkongsian maklumat berhubung @nilofa.hq yang tular di twitter, facebook mahupun instagram dan telah mendapat perhatian ramai pihak. . @neelofa dengan rasa rendah diri tampil membuat penjelasan mengenai isu tular ini. Bagi memastikan perjalanan perniagaan Nilofa lebih lancar di masa hadapan Pihak NILOFA GROUP akan sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berwajib seperti KKM untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Segala sokongan dan kritikan amatlah kami hargai. Teruskan menyokong minuman gaya hidup trend terkini Nilofa.

A post shared by NILOFA BUSINESS GROUP (@nilofa.hq) on


Dalam pada itu, Neelofa turut menafikan khabar yang mendakwa susu pisang Nilofa terlibat dengan rampasan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

Neelofa memuat naik penjelasan terbabit di ruangan Instagram Stories miliknya.