Sejak mendedahkan dirinya berkahwin dengan janda anak lapan di Tanah Suci Mekah baru-baru ini, nama Da’i Farhan tiba-tiba menjadi hangat.

Lebih-lebih lagi apabila juara program realiti Da'i musim itu memberi kenyataan tentang dirinya menolak 18 lamaran sebelum menerima wanita yang ke 19 sebagai jodohnya.

Disebabkan kenyataan yang dianggap agak ‘confident’ itu, muncul beberapa troll di media sosial menggunakan kenyataan Da’i Farhan.

Salah satunya, ciapan daripada pelakon Aeril Zafril yang kemudiannya mendapat perhatian Da’i Farhan dan bertindak membalas di ruangan komen posting suami kepada Wawa Zainal itu.

Selain itu, syarikat penerbangan Air Asia dan Kementerian Kesihatan tidak ketinggalan untuk menggunakan tagline terhangat itu untuk menarik perhatian pelanggan masing-masing:


Terkini isteri pertama Da'i Farhan mengakui telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya menerusi aplikasi Whatsapp.

Dakwaan mengejutkan itu didedahkan oleh peguam terkenal, Asiah Abd Jalil menerusi akaun Facebook miliknya.

Asiah dalam entri tersebut mendakwa sudah mendengar rakaman suara Farhan yang menceraikan isteri pertamanya dan ia dihantar melalui aplikasi WhatsApp.

Peguam terbabit menulis, Farhan sudah menceraikan isteri pertamanya, Fatin yang sedang hamil, dengan talak satu.