Penerbit Running Man membuat permohanan maaf secara terbuka melalui kenyataan rasmi berhubung dengan kontroversi yang melibatkan dua bintang program berkenaan, Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo.

Kenyataan rasmi itu dibuat petang semalam semalam dan disahkan oleh kakitangan Running Man sendiri.

“Penerbit dan pihak produksi ingin memohon maaf berkenaan dengan kontroversi mengenai perubahan anggota Running Man.

“Penerbit Running Man sememangnya sedang berbincang mengenai perubahan format rancangan tersebut untuk musim kedua yang akan dibuat pada Januari 2017.

“Sepanjang proses perbincangan dan perancangan untuk musim terbaru, diakui memang terdapat kekurangan dari segi komunikasi.

“Laporan berita yang tidak diingini telah melukakan perasaan Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo yang telah bersama dengan kami selama tujuh tahun. Mereka berdua juga sudah dianggap seperti keluarga.

“Kami dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada kedua-dua mereka seikhlhas hati.

“Kami juga ingin memohon maaf kepada peminat Running Man yang sertia bersama kami selama tujuh tahun dan sering memberikan sokongan kepada kami.

“Sekali lagi, kami ingin memohon maaf kepada Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo kerana sikap tidak bertimbang rasa sehingga mencetuskan isu tersebut.

“Dan kami juga ingin meminta maaf kepada anggota Running Man lain kerana menyebabkan timbulnya kekeliruan tentang perkara ini,” katanya.

Terdahulu, pihak produksi Running Man menjadi kontroversi selepas media di Korea mendedahkan pengunduran Ji Hyo dan Jong Kook bukan atas kehendak mereka, sebaliknya mereka disingkirkan oleh tanpa diberitahu

Teks oleh: Mya Amri

Sumber: Koreaboo