Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan memohon maaf serta doa pengikut laman sosial Instagram supaya perjalan ibadah umrahnya dipermudahkan serta selamat.

Menerusi entri tersebut, PU Abu memuat naik rakaman videonya yang sedang berada di lapangan terbang.

Kemas kini berkenaan bagaimanapun mendapat komen-komen sarkastik daripada pengikutnya, termasuk ada yang meminta agar PU Abu hanya fokus dengan ibadahnya dan tidak terpikat dengan wanita lain.

“Jangan jumpa aura yang lain macam, Masya-Allah ya wahai Abu.. Kesian Hana nanti dapat madu pulak waktu dia megandung ni.. Hahahahaha selamat pergi selamat balik naa.

“Pergi umrah, niat umrah je. Jangan nak nawaitu nikahaha lillahi taala.. Fokus ibadah umrah, Insya-Allah hati hanya untuk Allah,” komen antara pengikutnya.

Di sebalik pesanan itu, ada jua komen-komen positif dan doa daripada peminat supaya dia dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.

Kisah rumah tangga PU Abu menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain 'Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana.

PU Abu dan Hana yang berstatus janda anak seorang telah mendirikan rumah tangga pada Mei lalu.

Maaf atas salah silap yang pernah saya lakukan kepada korang semua.huhu ? . Doakan saya dan jemaah selamat serta mendapat umrah yg maqbul ??☺️

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

Maaf atas salah silap yang pernah saya lakukan kepada korang semua.huhu ? . Doakan saya dan jemaah selamat serta mendapat umrah yg maqbul ??☺️

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on