Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Roy menerima hakikat apabila namanya diumumkan sebagai bintang kelima yang tesingkir.

Roy berada di tangga terendah apabila menerima markah 55 peratus selepas membuat persembahan lagu Seniman Menangis nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.

Menurut Roy, dia sudah menjangkakan perjuangan dalam GV2019 hanya bertahan setakat minggu kelapan sahaja.

“Saya dah agak sebab tahu lagu-lagu saya bukan lagu konsert. Lagu-lagu saya lebih kepada lounge dan tiada cabaran.

“Sepatutnya saya perlu nyanyi lebih baik daripada Datuk Jamal tapi ditambah pula dengan masalah kesihatan, saya terpaksa berjaga-jaga supaya suara tak pecah.

“Saya reda dengan apa jua keputusan, mungkin inilah yang terbaik buat saya,” katanya kepada Gempak.



Roy ditemui selepas membuat persembahan konsert minggu kelapan GV2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Roy lagi, dia akan kembali membuat persembahan secara busking selepas keluar daripada GV2019.

“Saya masih aktif menyanyi tapi peluang untuk membuat persembahan dah kurang. Sekarang lain, mereka mencari orang yang lengkap pakej.

“Saya hanya ada patriotik sahaja. Ada juga orang beri tawaran menyanyi tapi tak banyak. Sekarang orang nak yang ada hensem, vokal nombor dua pun tak apa. Saya ni buncit, siapa nak panggil.

“Saya perjuangkan apa yang ada selagi boleh, tepi jalan pun tepi jalan lah. Saya tak kisah menyanyi busking sebab memang dah niat lepas keluar GV2019,” ujarnya lagi.

Jangan lupa saksikan konsert kesembilan GV2019 pada hari Ahad ini pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.