Pelakon Norman Hakim berkongsi kegembiraannya yang telah khatam kitab suci Al-Quran.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.

Menurut Norman, dia telah memaksa diri sendiri untuk membaca Al-Quran sebanyak empat muka surat setiap hari.

Dia juga gembira kerana dapat membaca dan khatam Al-Quran bukan pada bulan Ramadan sahaja.

"Tengah syok-syok baca, tiba-tiba eh? Dah khatam! Alhamdulillah, memang tak perasan dah sampai muka surat terakhir.

"Ya saya pernah kongsi sedikit sebelum ini yang saya paksa diri untuk istiqamah baca Al-Quran empat muka surat sehari. Semuanya bermula lepas raya Aidilfitri tahun ini.

"Sebab diri ini selalu tertanya-tanya kenapa bulan Ramadan je aku dapat rasa nikmat ibadah? Mana nikmat bulan-bulan lain selain dari waktu Tahajud dan Dhuha?

"Jadi Allah tolong bagi hidayah mula baca Al-Quran walau bukan dalam bulan Ramadan, memang mula-mula kena paksa diri untuk dapat nikmatnya," tulis Norman sebagai kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Norman yang tumpang gembira dengan perkara itu.

Ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Norman kerana berkongsi perkara baik yang mampu dijadikan inspirasi.

Tengah syok baca2 tiberrr eh?!Dah KHATAM!?Alhamdulillah.Mmg tak perasan dah sampai last page (m/s 604) . . Yup saya pernah share sikit2 sekali dua sebelum ni yg saya paksa diri utk istiqomah baca Al-Quran 4 muka surat sehari (tak lama pun...4 muka surat,average adalah dlm 10 minit sehari).Semuanya bermula lepas raya aidilfitri tahun ni.Sbb diri ni selalu tertanya2 pada diri sendiri “Kenapa bulan Ramadhan je aku dpt rasa nikmat ibadah?Mana nikmat pada bulan2 lain selain dari waktu Tahajud & Dhuha?” . . Jadi Allah tolong bagi hidayah start baca Al-Quran walau bukan dalam bulan Ramadhan.Mmg mula2 kena paksa diri utk dapat nikmatnya.Bila dah start,ada hari2 yg tertinggal baca,masa tu mula rasa ‘kehilangan’,mula rasa ‘rindu’.Lepas tu nak lebih lagi,start baca ulasan taddabur pd setiap muka surat.Salah satu yg betul2 bagi ‘wake up call’ adalah Rasul kita Muhammad s.a.w yg Maksum pun bertaubat 100 kali sehari!?Kita?Yg hadooo!Sekali sehari pun belum tentu.Dosa yg lepas belum tentu terampun,ditambah lagi dosa & maksiat skrg.Maksiat bukan sekadar perbuatan k,minda pun boleh bermaksiat!Jgn bohong kata tidak.Kita ni manusia,mana ada sempurna..Allahu? . . Back to the story,hmm..tgh fikir what’s next.Mungkin repeat 2 muka sehari tp nak taddabur setiap ayat?In shaa Allah.10 minit je kot.Takkan tak boleh Oman?Tengok h/p main PUBG berejam2 boleh?Eh?Hahhaha pecah rahsia! . . Doa2kan la supaya kita & anak2 generasi kita pun ‘mesra’ Al-Quran.Saya sebenarnya pun ikhlas cakap nak kena kejar anak2 balik sbb diorang dah kategori menghafal.Saya ni masa mula2 bertatih merangkak,skrg ada la laju sikit tp hanya hafal juzuk 30 je,tu pun hanya beberapa surah . . Sama2 doakanlah ye.Hidup dunia ni hebat cabaran.Lagi kita nak tingkat iman,lagi banyak ‘dugaan’.Lu fikirlah sendiri,masing2 punya diri apakah masing2 punya bentuk cabaran & dugaan . . Sekadar perkongsian,lebih kpd peringatan buat diri sendiri.Yg boleh terima,alhamdulillah...yg tak boleh terima,boleh blah...eh?!Kasarnya bahasa Oman...hahhaha gurau2??Ampun maaf semua,but seriously sama2 kita seimbangkan dunia akhirat.Kejar dunia,akhirat tertinggal.Kejar akhirat,dunia kejar kita balik??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on


Sekadar info, Norman mendirikan rumah tangga bersama isterinya, pelakon Memey Suhaiza pada 24 September 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.