Pasangan selebriti terkenal, David Beckham dan Victoria Beckham dilaporkan akan membeli sebuah rumah mewah terletak di Los Angeles yang berharga RM889 Juta.

Menurut laporan dari Daily Mail, rumah tersebut merupakan yang terbesar di Los Angeles dengan keluasan tanah seluas 4.6 ekar.

Rumah itu juga dilengkapi oleh 14 buah bilik, 27 bilik air termasuk kelengkapan lain seperti kolam renang dan gelanggang tenis.

Rumah yang bakal dibeli itu dikatakan akan membantu tugas Victoria selaku pereka fesyen selain mempunyai tempat untuk anak mereka.

Ia juga turut dilengkapi dengan studio tarian untuk anak perempuan pasangan itu, Harper selain ruang persendirian bagi membolehkan anak sulung mereka Brooklyn untuk bersama rakan-rakan.

Terdahulu menerusi sebuah laporan, pasangan yang telah berkahwin pada tahun 1999 sebelum ini telah menyenaraikan rumah idaman mereka supaya ia dapat memenuhi keperluan empat anak mereka.

Hartanah mewah itu dikatakan menyerupai kediaman mereka di Hertfordshire, London yang menyerupai istana Beckingham.

Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Daily Mail