Menerusi beberapa buah video yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram (IG), Jep Sepahtu dilihat berkongsi video ketika sedang bermain bola.

Video tersebut menunjukkan Jep telah menjaringkan beberapa biji gol ketika mewakili kumpulan Super Lawak Fc.

Rata-rata peminat Jep amat kagum dengan jaringan yang dilakukan olehnya sehingga ada yang berharap agar dia dapat menyertai pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).ck

Ketika pelawanan tersebut pasukan Super Lawak Fc berjaya memenangi pelawanan tersebut dengan 4-2 bersama pasukan lawan dan dua diantara jaringan tersebut hasil jaringan cantik daripada Jep.

Selain berlawak dan berlakon Jep juga dilihat mempunyai kehebatan yang luar biasa dalam bermain bola .

Ini kerana menerusi sebuah laporan, Jep dilihat ingin menjadi seorang permain bola yang hebat malah dia pernah menyimpan cita-cita tersebut jika dia kini bukan seorang selebriti.

Namun cita-cita tersebut masih diteruskan oleh Jep kerana dia dilihat seringkali melibatkan diri pada setiap perlawanan amal yang dilakukan oleh pasukan Super Lawak Fc.

Dalam perkembangan lakonannya pula, Jep akan muncul dalam Sitkom secara langsung, Sepahtu Reunion Live bersama anggota kumpulan Sepahtu yang lain iaitu Shuib, Rahim dan Ilya.

Sepahtu Reunion Live akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam bermula 18 Disember ini selama 10 minggu.

Ia akan bersiaran dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS dan ditayangkan secara ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134).

Sepahtu Reunion Live merupakan sebuah rancangan Sitkom komedi pertama yang disiarkan secara langsung dengan menampilkan 4 orang pelakon komedi tetap dan diserikan dengan tetamu jemputan menerusi pelbagai topik menarik yang akan dilakonkan selama 1 jam.

Lain mcm semangat semalam ? @superlawakfc 4-2 @mybankrakyat

A video posted by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Ada ketika kamu perlu cepat buat keputusan #firsttimer #volley #paulscholes #arjenrobben #vanpersie #superlawakfc @superlawakfc 4-2 @mybankrakyat

A video posted by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi