Pelakon dan bintang Running Man, Song Ji Hyo menjadi perhatian apabila tampil tanpa sebarang solekan ketika melalui karpet merah sempena malam gala filem Will You Be There.

Malam gala filem tersebut yang berlangsung di Seoul, Korea semalam memperlihatkan Ji Hyo tampil dengan memakai pakaian kasual dan hanya mengenakan kasut sukan berwarna putih.

Menurut laporan Allkpop, Ji Hyo bagaimanapun berjaya mencuri perhatian ramai dengan gayanya yang bersahaja selain menerima pujian daripada peminatnya.

Malah Ji Hyo juga tidak mempunyai masalah memberikan jurufoto rasmi majlis tersebut untuk merakamkan wajahnya yang polos.

Dengan hanya sedikit calitan gincu dibibir, Ji Hyo tetap kelihatan cantik dan ceria sepanjang berada di karpet merah tersebut.



Penampilannya itu telah menjadi perbualan dikalangan netizen dan rata-ratanya terpegun dengan wajah dan kulit Ji Hyo yang cantik.

Selain itu, mereka juga kagum dengan cara penampilan Ji Hyo yang dianggap berbeza berbanding artis lain yang malu untuk menunjukkan wajah sebenar tanpa solekan

Teks oleh: Mya Amri