Gara-gara wataknya sebagai Seroja Irdina dalam drama bersiri Isteri Tuan Ihsan, pelakon Amyra Rosli diberi gelaran ‘budak nakal’ oleh peminat dan pengikut drama tersebut.

Karakter Seroja dibawakan dengan jayanya oleh Amyra sehingga ‘kenakalan’ Amyra menjadi topik perbualan peminat di laman Twitter.

Menerusi drama bersiri tersebut, Seroja sering ‘mengacau’ seorang lelaki berusia 40-an yang bernama Tuan Ihsan (Aaron Aziz).

Memanggil Tuan Ihsan dengan gelaran Pak Cik Hot, kenakalan Seroja terserlah kerana dia sering mencari helah dan peluang untuk mengenakan Tuan Ihsan.

Berikut merupakan antara tweet yang diambil di laman Twitter mengenai drama bersiri Isteri Tuan Ihsan:







Drama bersiri Isteri Tuan Ihsan yang bersiaran semenjak dua minggu lalu terus mendapat maklumbalas positif penonton dan kerap menjadi trending topic di laman sosial Twitter.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Isteri Tuan Ihsan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).

Teks oleh: Kamaruddin Razal