Bekas suami penerbit Datuk A. Aida, Ariff Aziz mencetuskan tanda tanya ramai apabila memuat naik beberapa foto mesra bersama seorang gadis dari Ukraine di Instagramnya baru-baru ini.

Malah, Ariff, 30, turut mendedahkan identiti dan akaun Instagram gadis terbabit yang dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos.

"Semoga perjalanan selamat. Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana memberikan sokongan ketika pertandingan bola keranjang saya," tulisnya pada kapsyen foto terbabit.

Safe flight babe ❤️?. @svetik132015 ..meet you soon..thanks for cheering for my basketball match

A post shared by AriffAziz7 (@ariffaziz7) on


Entri itu mendapat usikan peminatnya yang menebak gadis itu merupakan teman pengganti baharu Ariff.

Malah, ramai yang menyokong seandainya gadis itu merupakan pilihan baharu Ariff yang turut mempunyai darah kacukan Turki.

"Fulamak! Ukrainian... Brother has and updating," tulis salah seorang pengguna.

"Ini baru sepadan," sahut pengguna lain.

"Macam Hailey Bieber!" puji pengguna lain pula.

Ariff dan A. Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 49, telah mendirikan rumah tangga pada 21 Julai 2018 namun bercerai selepas sembilan bulan bersama.