Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

Namun apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang diberikan Shukri sempena hari istimewa itu agak berbeza berbanding pasangan lain.

Tidak perlu terlalu sweet sebaliknya Shukri memberikan ucapan berbentuk gurauan dan bernada lucu.

Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik diakaun Instagramnya hari ini.

Malah menerusi penulisannya juga, Shukri seakan-akan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua.

“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya

Happy Anniversary Sayang @tyaadnan Thank you sebab jadi Wife & Mommy yang HEBAT untuk kami! kita gemok sama2, kita kurus sama2, kita tua sama2 okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu ? 20 Nov

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga, pelakon Nad Zainal tidak ketinggalan mengusik pasangan berkenaan.

“Alamak dia bagi HINT,” tulis @nad.zainal

Terdahulu, Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.