Pelakon, Ummi Nazeera, 26, selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan keluarga yang hanya ingin dikenali sebagai Mr. I, 29.
Majlis tersebut diadakan secara tertutup di kediaman keluarganya sekitar jam 2.30 petang di sini hari ini.
Mr. I yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur itu diwakili oleh keluarganya menyerahkan lima dulang berbalas lima oleh pihak perempuan.
Pelakon drama bersiri popular, Patahnya Sebelah Sayap itu kelihatan anggun menyarung persalinan rekaan Fizi Woo pada hari bersejarah itu.
Ummi ketika ditemui usai majlis pertunangan dengan lelaki berstatus bujang itu berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dihadiri seramai 100 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat kedua belah pihak itu berjalan dengan lancar.
"Bukan bertujuan mahu menyorokkan hari bahagia ini. Sebaliknya, keluarga mahukan sebuah majlis ringkas dan tertutup yang dihadiri oleh keluarga rapat sahaja. Lantaran itu, saya harus menghormati permintaan mereka yang menginginkan ruang privasi," katanya berterus-terang.
Tidak lokek berkongsi momen manis kisah hubungan mereka, Ummi memberitahu, dia diperkenalkan oleh ibu pemuda itu pada 29 Januari tahun ini.
"Sejujurnya, kami tidak pernah bertemu atau bertentang mata sebelum ini. Saya hanya mengenali Mr. I pada 31 Januari lalu apabila dia menghantar pesanan untuk berkenalan menerusi aplikasi WhatsApp.
Sejak itu, kami hanya berkomunikasi menerusi mesej tanpa bercakap atau mendengar suara masing-masing di talian telefon.
"Apabila memasuki sebulan setengah perkenalan menerusi mesej, dia akhirnya menelefon saya buat kali pertama sekali gus meluah perasaan untuk bertemu.
"Saya mengatakan bahawa dia boleh berjumpa saya dengan bersyarat dia kena menemui ibu saya (Dato' Sri Maziah Musa, 52) terlebih dulu.
"Dia cukup berani apabila datang ke rumah keluarga kami untuk berkenalan sambil menikmati makan malam bersama ibu saya. Itu adalah kali pertama kami bertemu.
"Dan keberanian yang dimilikinya itu menyebabkan saya membuat kesimpulan bahawa dia mampu menjadi ketua keluarga kepada saya.
"Dalam hati saya, dia berjaya melepasi ujian pertama apabila bertemu dengan ibu saya. Dan atas dasar itu, saya menerima keikhlasan hatinya apatah lagi hubungan ini menerima restu daripada ibu saya. Itu yang paling penting dan bahagia buat saya," jelasnya.
Memasuki usia tiga bulan mengenali hati budi masing-masing, Mr. I akhirnya melamar Ummi untuk meneruskan hubungan itu ke fasa seterusnya.
"Dia berjumpa ibu saya sekali lagi untuk meminta persetujuan bagi menghantar rombongan merisik.
Majlis merisik diadakan dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Selepas menerima persetujuan daripada ibu dan saya, kedua belah pihak mencapai kata sepakat untuk melangsungkan pertunangan pada 11 Disember (hari ini)," kongsi Ummi.
Pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.
Mya Amri
Sun Dec 11 2016
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.