Suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menasihati isterinya agar tidak melibatkan anak mereka, Laana Haura dalam kemelut rumahtangga.
Dalam sebuah kenyataan media, Hafiz enggan memberikan kenyataan mengenai kes mahkamah.
"Berkenaan dengan kes mahkamah, saya tidak mahu memberi kenyataan kerana tidak mahu menggangu prosedur dan saya serahkan kepada mahkamah dalam menimbangtara kes kami.
"Berhubung kenyataan peguam beliau mengenai lafaz cerai yang telah dibuat, saya sebagai orang awam telah dinasihati menurut hukum syarak dan undang-undang mengenai situasi sebenar yang berlaku.
"Namun adalah lebih pelik apabila Lufya melalui peguam beliau memfailkan tuntutan perceraian dan bukan pengesahan lafaz yang dibuat jika benar saya lafazkan cerai kepada beliau.
"Adakah Lufya menyembunyikan maklumat sehingga mengelirukan tindakan yang diambil oleh peguam beliau. Saya juga ingin menasihati Lufya supaya hentikan daripada membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan," katanya.
Tambah Hafiz, dia turut menjawab mengenai isu yang mendakwa dia tidak menghiraukan anak.
"Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan beliau serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku bila saya ingin berjumpa dengan anak di rumah beliau.
"Sebelum keluar mahkamah semalam, saya memang berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan oleh beliau dan ahli keluarga beliau sendiri malah anak amat rapat dengan saya.
"Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak mengikuti saya dari belakang.
"Jika benar saya mendengar suara anak saya, takkan sebagai bapa saya sanggup buat tidak endah, dan setelah saya tidak perasan anak.
"Cuma nasihat saya kepada Lufya apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya, serta jangan wujudkan kesulitan dan/atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.
"Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak," katanya.
Pada Isnin, Lufya terkejut selepas Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
BACA: Suami Enggan Cerai, Lufya Omar Terkejut
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.
Terdahulu, Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai mereka pada 16 Oktober lalu.
BACA: "Tiada Perkara Yang Ingin Saya Ulas..." - Suami Lufya Komen Isu Ketidakhadiran Ke Mahkamah
Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.
Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.
Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.
BACA: "Jangan Cakap Isteri Tak Tutup Aib Kalau Suami Tu Yang Buka Aib Di Dada!" - Lufya Dakwa Dianiaya Suami
BACA: Buat Laporan Polis, Dr Che Hafiz Nafi Tuduhan Lufya Omar
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Kamaruddin Razal
Tue Nov 19 2019
Sheriff: Kini Filem No. 1 Di Malaysia Pada 2024, Sheriff Raih RM31 Juta Sejak Ditayangkan!
Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Sheriff: Narko Integriti terus mencatat kecemerlangan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM31 juta sepanjangan tayangan, sekali gus muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain.
Danial scam Isteri | YES TUAN EP 4
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pihak Polis Siasat Isu Paku Dipacakkan Di Bahu Jalan
Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes.
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Bestnya Melbourne!
“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.
Sedar Berada Di Pihak Yang Salah, Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Bella Astillah
Lama mengunci mulut walaupun namanya hangat diperkatakan sejak ditangkap khalwat bersama suami kepada Bella Astillah, Aliff Aziz, aktres sensasi, Ruhainies tampil memberikan penjelasan.
Isu Individu Terpijak Paku Ketika Jogging, Netizen Syak Si Pelaku Pekerja Bengkel
Seorang individu mengalami kecederaan ketika berlari apabila ada individu lain yang tidak bertanggungjawab bertindak menanam paku di sepanjang jalan Rawang, Selangor pada Sabtu.
Sheriff: 9 Hari Tayangan, Kaut RM28 Juta! Siap Ada Yang Repeat, Tak Bosan Tonton Beberapa Kali
Cayalah Sheriff!
Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Aliff Aziz
Siapa Sarah Yasmine? Betul ke dia merupakan kekasih gelap pelakon dan penyanyi Alif Aziz?