Aktres jelita, Fasha Sandha berpendapat seseorang artis harus bijak ketika berhadapan dengan masalah agar tidak mengalami depresi.

Menurut laporan HLive, Fasha mengatakan, percakapan negatif orang ramai boleh diketepikan sahaja selagi ia tidak mengaibkan diri sendiri dan keluarga.

"Saya berada dalam industri hiburan ini hampir 17 tahun, orang memang akan sentiasa bercakap, kita buat perkara buruk orang bercakap, kita buat baik pun orang masih bercakap.

"Jadi, mental kita harus kuat agar tidak mengalami depresi, isu depresi ini semakin berleluasa sekarang.

"Selagi sesuatu perkara itu tidak mengaibkan diri kita dan maruah keluarga, lebih baik abaikan sahaja," ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).