Pengacara dan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi momen manis sempena hari ulang tahun kelahiran isterinya di laman Instagram.

Memuat naik foto ketika hari perkahwinan mereka, PU Amin mencoretkan ucapan khas yang didedikasikan khas untuk suri hatinya.

"Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat. Semoga terus sihat, panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidupmu.

"Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa.

"Berkat perkahwinan ini Allah SWT tambah rezeki kita dari hari ke hari. Alhamdulillah. Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke syurga. Semoga Allah turunkan kasih sayang-Nya pada keluarga kita," tulisnya.

PU Amin turut menceritakan kisah disebalik foto perkahwinannya.

"Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012. Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar. Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin.

"Hanya ada motor Kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian. Tapi sebab kenal dari Form 3, lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang.

"Muka saya pun masa ni sangat remaja. Alhamdulillah selepas guna collogen kurma, muka jadi berseri dan matang sikit. Selamat Hari Jadi Sayang," tulisnya lagi.

Selamat Hari Jadi buat kekasih hati, kawan hidup abang didunia hingga akhirat . Semoga terus sihat , panjang umur dan murah rezeki sepanjang hidup mu . Terima kasih kerana sanggup bersama sama membina kehidupan dan berkongsi rasa cinta dengan diri ini walaupun pada awal nya abang tidak memiliki apa apa.. . Berkat perkahwinan ini Allah Swt tambah rezeki kita dari hari ke hari . Alhamdulillah . Semoga Allah terus melindungi mu sampai ke Syurga . Semoga Allah turunkan kasih sayang Nya pada keluarga kita.. . Ini gambar kahwin saya masa umur 22 tahun tahun 2012 . Waktu ni kami dalam pengajian tahun 3 di Universiti Al Azhar . Belajar tak habis lagi tapi dah nak kahwin . ? Hanya ada motor kriss second hand dan sedikit duit biasiswa pengajian . Tapi sebab kenal dari form 3 , lama sangat main surat surat last last kahwin je lah senang.. . Muka saya pun masa ni sangat remaja . Alhamdulillah selepas guna collogen kurma , muka jadi berseri dan matang sikit . ?.. . Selamat Hari Jadi Sayang ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on


Di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar perkahwinan yang dibina PU Amin kekal sehingga ke syurga.

Hasil perkahwinan mereka, keluarga bahagia ini dikurniakan dengan kehadiran tiga cahaya mata pelengkap hidup.