Penyanyi dan pelakon Lufya Omar terkejut selepas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, sebentar tadi.

Jelas Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, dia pelik mengapa suaminya bertindak sedemikian.

"Saya tidak boleh komen banyak kerana masih dalam prosiding mahkamah.

"Tapi apa yang peliknya, sebelum ini suami saya sudah melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan di beberapa portal media.

"Namun, hari ini lain pula yang jadi apabila dia bertindak menarik balik lafaz tersebut dan enggan menceraikan saya. Saya pelik," katanya kepada Gempak.

Lufya ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari sebentar tadi.

Sementara itu, Hafiz enggan mengulas lebih lanjut namun menyatakan tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

"Saya tak boleh ulas lanjut. Saya dinasihati oleh peguam saya untuk mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah.

"Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan mengabaikannya. Pada masa yang sama, saya takkan pisahkan anak dengan Lufya," katanya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Terdahulu, Hafiz tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai mereka pada 16 Oktober lalu.

BACA: "Tiada Perkara Yang Ingin Saya Ulas..." - Suami Lufya Komen Isu Ketidakhadiran Ke Mahkamah

Kisah pergolakan rumah tangga mereka dihidu media pada Oktober tahun lalu hingga diperkatakan ramai.

Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi Instagram (IG), Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

Pada September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

BACA: "Jangan Cakap Isteri Tak Tutup Aib Kalau Suami Tu Yang Buka Aib Di Dada!" - Lufya Dakwa Dianiaya Suami

BACA: Buat Laporan Polis, Dr Che Hafiz Nafi Tuduhan Lufya Omar

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.