Pelakon Ruhainies akui dia kini sedang mengumpul duit untuk membeli sebuah rumah untuk ibu dan bapanya di ibu kota.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 24, berkata, itu adalah target utamanya sebelum dia mendirikan rumahtangga.

"Jadual kerja dan shooting saya penuh sepanjang tahun ini, malah saya masih tidak boleh bercuti hingga Jun tahun hadapan.

"Saya akui memang sedang memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya dan mengumpul duit untuk membeli sebuah rumah buat ibu bapa saya di Kuala Lumpur.

"Mereka kini menetap di Penang dan ada rumah di sana dan bila saya beli rumah disini nanti saya harap mereka boleh lebih dekat dengan saya.

"Target saya sebelum saya berkahwin, saya dapat sediakan mereka sebuah rumah sebagai hadiah," katanya kepada Astro Gempak.

Ruhainies ditemui selepas majlis perlantikannya sebagai duta untuk produk kecantikan, Ameena di Flora Kafe Ampang, Jumaat.

Mengulas mengenai perlantikannya sebagai duta, Ruhainies memberitahu ia bakal memberi komitmen spenuhnya kepada produk cecair kantung mata selama setahun.

"Ini kali kedua saya menjadi duta produk selama bergelar selebriti.

"Saya terima tawaran ini selepas melihat produk ini sedang meningkat naik dan telah dikenali ramai.

"Setelah menggunakan produk ini saya yakin saya boleh membantu produk ini pergi lebih jauh," katanya lagi.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain Ruhainies bakal menjalani penggambaran bersama produksi Dark Wave yang berjudul

Cikgu Dina Pakai Prada di Eropah pada awal tahun hadapan.

Teks oleh: Syafiqah Jalal