Persoalan terjawab selepas pelakon Intan Najuwa memuat naik rakaman video bersama tunangnya, Razrul Anwar Rusli selepas tular foto mesra bersama aktor Zul Ariffin sejak Khamis.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Intan dan Razrul kelihatan mesra seolah isu panas itu tidak memberi kesan terhadap hubungan mereka.

Pelakon drama Setelah Aku Dimiliki itu bergurau dengan menegur tunangnya yang kini sedang diet ketika makan malam.

"B you bukan nak diet ke," katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, hasil pemerhatian Gempak di laman Instagram (IG) Intan mendapati foto ketika majlis pertunangan telah dikongsi di ruangan entri.

Terdahulu, Intan telah 'archive' beberapa keping foto bersama tunangnya.

Tindakannya itu telah menimbulkan spekulasi netizen dengan mengatakan hubungan mereka sedang diambang pergolakan.

Foto yang tular itu dilakukan ketika mereka dalam proses penggambaran drama Setelah Ku Dimiliki.

Namun pengarahnya, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan bukan babak dalam drama.

BACA: Aksi Peluk Rendam Dalam Laut Zul & Intan, Pengarah Nafi Gimik! "Adegan Tiada Dalam Montaj"

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak membuat teguran terbuka kerana dilihat tidak senonoh dan dinasihatkan untuk bernikah jika hendak melakukan perkara seperti itu.

BACA: “Sebaiknya Kalian Bernikah Sahaja Dan...”- PU Syed Tegur Aksi Mesra Zul Ariffin & Intan Najuwa