Pelakon Korea, Park Bo Gum bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bertemu peminat di negara ini.

Kunjungan pertama aktor ini adalah bersempena dengan acara 2016-2017 Park Bogum Asia Tour in Kuala Lumpur, yang berlangsung di dewan Plenary KLCC jam 7.30 malam, 10 Disember (Sabtu) ini.

Acara tersebut merupakan anjuran IME Malaysia.

Difahamkan Park Bo Gum kini sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa, Incheon , Korea sebelum berlepas ke Malaysia.

Dalam pada itu, peminat mula menyatakan rasa tidak sabar untuk bertemu pelakon berusia 23 tahun itu di laman sosial Twitter sejak semalam.

Lebih menarik lagi, mereka juga menyatakan rasa teruja untuk melihat sendiri aktor itu menari tarian popularnya menerusi lagu berjudul Bombastic.

Tarian Bombastik itu sebelum ini menjadi viral berikutan kerana Park Bi Gum telah menari sambil memakai busana diraja ketika pengambaran drama terbarunya, Moonlight Drawn By Clouds.

Video tersebut kemudiannya dikongsi diakaun Youtube stesen televisyen KBS World TV dan mencatatakan jumlah tontonan lebih daripada tiga juta.

Jadi kepada peminat yang belum mendapatkan tiket, sila layari TicketCharge www.ticketcharge.com.my untuk pembelian secara online.

Tiket-tiket berharga RM690 (VIP), RM590 (CAT1), RM490 (CAT2) dan RM390 (CAT3). Harga termasuk 6% GST tetapi tidak termasuk bayaran pemprosesan sebanyak RM4.

Teks oleh: Mya Amri