Kumpulan STONE yang dianggotai Azlee Senario, Mamat Sepah dan Acong meluahkan rasa syukur kerana juri memberikan 4 HA di minggu kedua Maharaja Lawak Mega (MLM2019) yang berlangsung minggu lalu.

Azlee menyatakan perasaan gembiranya itu menerusi video pendek yang dimuat naik posting terbaru diakaun Instagramnya.

Kata Azlee, mereka akan memperbaiki dan memperkukuhkan lagi jalan cerita agar tidak menghampakan peminat.

Alhamdulillah minggu pertama dapat 4 Ha minggu kedua pun dapat 4 Ha. Insha-Allah kami akan perbaiki lagi cerita-cerita kami. Terima kasih kepada peminat dan rakyat Malaysia yang menyokong STONE,” katanya.

Terimakasih semua Jumpa Di Minggu Ke 3 Maharaja Lawak Mega 2019 #?Stome? #TerimakasihStoneRanjer #TerimakasihRakyatMalaysia #MLM2019 #ASTROWARNADANWARNAHD

A post shared by Azlee Senario (@azleesenario) on


Terdahulu, minggu kedua menyaksikan STONE menduduki tempat ketujuh dengan jumlah markah 50.25%

Manakala dua kumpulan yang tersingkir di minggu berkenaan adalah Halus (33.12%) dan Cali (31.62%).

MLM2019 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega