Syabas Malaysia! Kita akhirnya mempunyai watak original dalam permainan terbitan Marvel apabila syarikat gergasi itu mengumumkan barisan superhero digelar sebagai 'Warriors of the Sky'.

Menerusi MARVEL Future Fight, empat watak baru akan diperkenalkan iaitu Blue Dragon, War Tiger, Shadow Shell dan Sun Bird.

Blue Dragon akan mewakili negara Vietnam, War Tiger (Thailand), Shadow Shell (Taiwan) dan Sun Bird berasal dari Malaysia.

Gempak berpeluang untuk menemu bual Penerbit Kanan MARVEL Games, Danny Koo menerusi satu sidang media baru-baru ini dan ini antara yang anda perlu tahu.

#1 Sun Bird Merupakan Lanun Yang Dilahirkan Semula

Menurut Danny, Sun Bird merupakan lanun Malaysia yang dilahirkan semua menerusi kuasa dikeluarkan oleh dua batang keris. Namun begitu, asal usul keris itu masih lagi belum diketahui.

#2 Pakaian Dari Elemen Batik

Jika dilihat pada perincian baju Sun Bird ini, ia memaparkan eleman batik berwarna merah.

Menurut Danny, warna emas turut disulam pada baju tersebut melambangkan diraja.

#3 Phoenix versi Asia

Danny menggambarkan Sun Bird sebagai burung Phoenix versi Asia, sebab itulah warna merah dipilih.

Jika dilihat pada rambutnya juga, bahagian tepi itu sengaja dibotakkan kerana ia akan mengeluarkan cahaya merah setiap kali menggunakan kuasa.

#4 Kuasa Penyembuhan

Antara kekuatan Sun Bird ini adalah kuasa 'healing' atau penyembuhan. Kuasa ini membantu rakan 'Warriors of the Sky'.

Anda boleh lihat watak tersebut di bawah:



Untuk makluman, permainan MARVEL Future Fight telah dimainkan sebanyak 100 juta permain seluruh dunia.

Daripada jumlah itu, dua juta membabitkan pemain dari Malaysia.



Anda boleh muat turun game tersebut di iOS atau Android.