Penyanyi dan anggota kumpulan Elite, Azza menyatakan tindakannya menegur gadis yang menjadi model penggambaran pakaian pengantin di kawasan perkuburan kerana ingin mereka sensitif dengan agama bangsa lain.

Jelas Azza dia tidak ingin timbul masalah perkauman suatu hari nanti disebabkan kelakuan tersebut.

"I tegur sebab I rasa mereka perlu sensitif dengan agama orang lain. Dan fotografi itu melibatkan wanita yang bertudung yang melambangkan keperibadian wanita muslim.

"Jangan buat masalah sampai menaikkan isu perkauman dan menyusahkan orang lain.

"Tolong hormati agama lain. Hormati agama lain kerana setiap Muslim itu membawa imej untuk Islam," tulisnya di Instagram Stories miliknya.



Namun begitu, disebabkan teguran tersebut Azza menerima kata kesat daripada netizen dengan mengungkit kisah silamnya.

"Ada la 2/3 kerat cakap pasal baju I dulu. Zisss itu dulu zis oi. Dulu orang nasihat sebab tu I ubah sebab I rasa betul apa yang mereka bagi nasihat.

"Sampai sekarang I masih terima nasihat sebab I tahu setiap hari kita juga ada lakukan silap. I terima. Itu sahaja," luahnya lagi.

Selepas itu, Azza mendedahkan sudah menerima permohonan maaf daripada pemilik akaun tersebut.

"Assalamualaikum kak azza maafkan saya. Saya tau saya salah. Saya tak patut tulis macamtu. Saya dah padam pun komennya," tulis netizen itu.

Azza memilih untuk memadam entri yang menampakkan nama pemilik akaun tersebut beserta komen 'pedas' yang ditulis di akaun IGnya.

"Waalaikumussalam. Alhamdulillah semoga yang baik milik kita saudari. Kak za pun dah padam. Mudah-mudahan Allah sayang kita semua amin," balasnya.



Baru-baru ini, tular foto gadis yang menjadi model penggambaran pakaian pengantin di kawasan perkuburan bukan Islam sehingga menaikkan kemarahan warganet.

Pemilik butik berkenaan, Nur Amirah Mohd Amiruddin tampil menjelaskan situasi sebenar di samping memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.