Jika anda peminat besar HUAWEI, mesti anda sudah tahu bahawa HUAWEI Mate 30 Pro sudah sampai di Malaysia minggu lepas.

Di Facebook, Instagram, dan Youtube, banyak pengguna dan KOL sudah memberikan pendapat masing-masing tentang fon terbaru dari HUAWEI ni.

Smashpop juga telah memaparkan pendapatnya di saluran YouTube seperti berikut jikalau anda masih belum menonton video tersebut:


Dalam video smashpop, dia telah menyenaraikan ciri-ciri teruja yang terdapat di dalam HUAWEI Mate 30 Pro.

Kamera berprestasi tinggi

HUAWEI Mate 30 Pro ni mempunyai prestasi yang terunggul dengan kebolehan untuk merakam video pada resolusi 4K 60FPS dan video gerak perlahan 7680 FPS pada resolusi 720P.

Dengan fungsi ni, anda boleh merakam video yang best untuk laman social web anda yang tidak dapat dicontohi oleh fon lain.

Selain itu, fon Mate 30 Pro ni mempunyai 4 gabungan lensa iaitu 40MP (sudut lebar) + 16MP (ultra sudut lebar) + 8MP (telefoto zum 3x) dan kamera swafoto 24MP.

Dengan sistem penstablian OIS dan AIS di Mate 30 Pro ni, video dan gambar anda tidak akan menjadi kabur lagi malah dalam situasi gelap juga.

Rekabentuk yang futuristik


Smashpop juga menyatakan bahawa HUAWEI Mate 30 Pro ni mempunyai bingkai skrin yang kecil yang menempatkan sebuah kamera swafoto dan sensor mengesan pergerakan tangan.

Rekabentuk skrin melengkung Mate 30 Pro pula memudahkan pengguna yang berminat bermain game online dimana skrin melengkung pada Mate 30 Pro ini dimuatkan dengan butang L&R sesuai dengan permainan popular seperti PUBG

Butang virtual untuk mengambil gambar:

Bateri bertahan lama serta cas pantas


Selain itu, HUAWEI Mate 30 Pro ni mempunyai bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan pantas 40W secara berwayar dan 27W secara nirwayar.

Dengan bekalan yang besar dan cas pantas untuk fon ni, seperti yang smashpop kata tak mati-mati macam lipas. Setiap pembelian Mate 30 Pro akan disertakan dengan 40W SuperCharge.

Benda Yang Mungkin Mengecewakan, tetapi ada penyelesaian

Walaupun HUAWEI Mate 30 Pro ni best prestasinya, tetapi ia tidak datang dengan GMS atau lebih dikenali sebagai Google Mobile Services.

Tetapi anda boleh mendapatkan tips -tips penting untuk memuat naikan Google pada peranti Mate 30 Pro melalui tips-tips atau cara penyelesaian yang sedia ada di internet.

Dalam video tersebut, smashpop juga memberi tips untuk memuat naik aplikasi Google yang dikongsikan melalui komen dibawah ulasan video tersebut.


Kesimpulan


Huawei Mate 30 Pro telah menerima banyak perhatian kerana kelihatan futuristik dan juga peranti yang praktikal lengkap dengan skrin yang besar, kuasa memproses yang pantas, dan rekaan yang praktikal.

Ia juga sesuai untuk pengguna yang mementingkan pengambilan videografi serta photografi yang bertaraf professional. Dengan harga pasaran RM3,899 pengguna boleh mendapatkan HUAWEI Mate 30 Pro ni.

Dan jika anda membeli dari link ini - https://mate30seriesreferral.3ex.com.my/ dan masukkan referral kod smashpop aa29b, anda akan dapat produk percuma bernilai RM656 iaitu HUAWEI Back Casing (RM68), HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger (RM289), dan HUAWEI Care (RM299).



Cepat, tunggu apa lagi, dapatkan HUAWEI Mate 30 atau Mate 30 Pro di link ini.