Anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, Taeyang dan Daesung bakal menamatkan latihan khidmat ketenteraan mereka pada minggu hadapan.

Berita itu disahkan oleh agensi mereka, YG Entertainment menerusi kenyataan rasmi pada Isnin.

“Hello ini adalah YG Entertainment. Ini adalah permintaan mengenai pelepasan ketenteraan ahli-ahli BIGBANG Taeyang dan Daesung.

“Menurut Kementerian Pertahanan Nasional, Taeyang dan Daesung akan dilepaskan pada 10 November bertempat di Komando Operasi Ground di Yongin, Wilayah Gyeonggi.

“Pangkalan tentera tempat kedua-dua mereka berkhidmat merupakan sempadan wilayah di mana virus demam babi (African Swine Flu) telah dikesan dan di kawasan kawalan pusat.

“Jadi wakil tentera telah menjelaskan mengenai perkara itu dan lokasi pelepasan Taeyang dan Daesung telah berubah kerana dijangka peminat dan media akan hadir pada ketika itu.

“Tambahan pula, ruangan di pangkalan itu adalah sangat terhad dan agak sukar untuk mempunyai tempat letak kereta. Jadi kami meminta agar peminat dan media tidak melawat atau hadir ke lokasi berkenaan untuk menjaga keselamatan.

“Kami dengan rendah hati berterima kasih kepada peminat yang setia menunggu pelepasan Taeyang dan Daesung. Kami juga berharap anda semua memahami dan memberikan kerjasama dengan baik. Terima kasih,” maklum mereka.

Sumber: Soompi