Penyanyi Wani Kayrie menerima keputusan cemerlang pada peperiksaan semester pertama yang didudukinya dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Sains dan Pengurusan, Shah Alam, Selangor.

Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 19, berkongsi berita gembira itu menerusi satu posting di Instagram semalam.

Bekas peserta Big Stage berkenaan memuat naik salinan keputusan peperiksaan semester pertamanya yang memaparkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.57.

Sekaligus melayakkan pelantun lagu Jangan Jangan itu sebagai penerima Anugerah Dekan seperti yang tercatat pada slip keputusannya.

"Permulaan yang baik buat saya. Alhamdulillah. Perlu bekerja keras lagi untuk semester ketiga dengan lima subjek undang-undang bagi peperiksaan akhir," tulisnya.

A good start for me ?❤️ Alhamdulillah. Gotta work harder for my third semester with 5 law paper for finals ? @msumalaysia #msumalaysia #msurians #magikawani

A post shared by ???? ? ? ? ? ? ? ✨ (@wanikayrie) on


Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis termasuk peminat mengucapkan tahniah kepada Wani dengan menyifatkan dirinya sebagai seorang penyanyi bijak.

Sebelum ini, Wani pernah memperoleh keputusan cemerlang 7A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang didudukinya pada 2017.