Filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan!

Berita terbabit disampaikan menerusi Instagram rasmi Astro Shaw.

Alhamdulillah #FilemPusaka berjaya mengutip RM2 JUTA DALAM MASA 4 HARI TAYANGAN. Terima kasih atas sokongan anda! Dapatkan tiket #PUSAKA anda sekarang! . Dari Penerbit Filem DUKUN! . #PUSAKA KINI MENGHANTUI DI PAWAGAM!
#DiaDahDatang #FilemPusaka #PelindungAtauPetaka Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


"Alhamdulillah #FilemPusaka berjaya mengutip RM2 juta dalam masa empat hari tayangan!

"Terima kasih atas sokongan anda! Dapatkan tiket #PUSAKA anda sekarang!" tulis pengendali akaun terbabit.

Mula berada di pawagam semenjak 31 Oktober lalu, filem ini mendapat respon yang sangat baik dari peminat filem tempatan.

Malah, ada juga yang menonton filem ini lebih daripada dua kali.


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.