Pelakon Rita Rudaini mendedahkan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak tidak ada menghubunginya ekoran kes fitnah yang melibatkan status taraf kedua-dua anak lelaki mereka.
Jelas Rita, hanya dia seorang yang bertanggungjawab mengetengahkan isu tersebut sehingga mendapat keadilan.
"Saya tidak tahu. Ada ke? Saya tidak dapat apa-apa respon daripada bekas suami untuk melindungi anak-anaknya.
"Sampai sekarang ini tidak ada langsung khabar berita daripadanya.
"Saya sebagai ibu yang mengetengahkan isu ini dan bertanggungjawab demi menyelamatkan maruah anak-anak.
"Benda ini dah viral takkan dia tidak tahu. Duduk dalam gua ke?" katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Rita membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang didakwa memfitnah status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram (IG).
Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen yang ditulis oleh individu berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga.
Rita memberi tempoh selama 14 hari dari 21 Oktober untuk individu itu tampil bertemu serta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukannya menerusi media sosial.
BACA: Kesahihan Taraf Anak Dipertikai, Rita Rudaini Buat Laporan Polis
Dua lelaki tersebut, Ahmad Najib Mat Arif dan Hafiiz Ahmad Mustaffa hadir ke perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam untuk bersemuka dan membuat permohonan maaf.
Walaupun permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan saman malu atau tidak.
BACA: Tampil Bersemuka Mohon Maaf, Rita Rudaini Akan Pertimbang Teruskan Saman Malu
Zulaikha Yusof
Thu Oct 31 2019
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.